Hubungi:

SHAMSUDIN BIN MOHAMAT
Perunding Wasiat (WMSB-PK136)
4B Kedai MDM, Pekan Bukit Payong, 21400 Marang, Terengganu
H/P: 013-9324414; TEL/FAX : 09-6190531
.......................................................................................................................................................................................................................

Meninggal Tanpa Wasiat

APAKAH KERUGIAN ATAU KESUSAHAN JIKA MENINGGAL TANPA SURAT WASIAT
Memang sangat malang jika kita meninggal dunia tanpa meninggalkan wasiat kerana di zaman teknologi ini semua urusan adalah memerlukan tanda tangan atau cap jari. Itu undang-undang dunia yang perlu kita patuhi. Jadi bagaimana harta pusaka kita hendak ditukar milik sedangkan kita telah tiada? Inilah masalah yang paling besar sekali yang terpaksa ditanggong oleh ahli waris kerana terpaksa turun naik mahkamah untuk membuat tukar nama hak milik di antara si mati dengan ahli waris. Lebih malang lagi jika tidak mencapai kata sepakat maka harta pusaka tersebut akan dibekukan.


  1. Mengalami kesukaran untuk membuat pindah milik nama kerana terpaksa turun naik mahkamah atau ke Pejabat Tanah atau ke Bank jika ada pinjaman kereta atau rumah misalnya.
  2. Mengalami kesukaran untuk memisahkan harta sepencarian suami isteri lebih-lebih lagi jika tidak berlaku jujur ketika mengisytiharkan harta sepencarian tersebut.
  3. Harta Pusaka sukar diuruskan dan terbeku purata masa antara 3 hingga 5 tahun malah lebih dari itu.
  4. Harta pusaka si mati tidak dapat diagihkan mengikut FARAID kerana pecah amanah dari ahli waris
  5. Mungkin berlaku keciciran terhadap ahli waris yang sepatutnya berhak ke atas harta pusaka tersebut
  6. Anak angkat tidak akan mendapat bahagiannya kerana dia bukan ahli waris. Ini satu kerugian besar kepada anak angkat tersebut yang telah dibela sejak dari kecil.
  7. Anak tiri tidak akan mendapat bahagiannya kerana dia bukan ahli waris. Ini satu kerugian besar kepada anak tiri tersebut yang telah dibela sejak dari kecil.
  8. Bukan ahli waris yang tidak mendapat haknya, misalnya sahabat handai atau saudara mara yang si mati ingin wasiatkan.
  9. Siapakah yang akan menjaga kebajikan anak si mati yang berumur di bawah 18 tahun? Mengambil harta anak yatim hukumnya HARAM
  10. Bagaimana dengan isteri si mati yang menjadi surirumah sepenuh masa? Adakah dia mendapat bahagiannya?
  11. Bagaimana tentang harta sepencarian secara perkongsian? Bolehkah isteri atau suami mengambil harta tersebut?
  12. Bagaimana pula si suami jika isteri meninggal? Adakah dia mendapat bahagiannya?
  13. Siapakah yang akan melangsaikan hutang DUNIA dan AKHIRAT si mati?
  14. Kemungkinan besar pertelingkahan keluarga akan berlaku akibat tidak mencapai permuafakatan.
  15. Masalah paling besar ialah apa saja Harta Alih atau Harta Tak Alih si mati yang melibatkan tanda tangan atau cap jari
  16. Dan pelbagai masalah lain lagi yang akan timbul tanpa disedari selepas berlaku kematian.

Sada Rasulullah s.a.w: “Orang yang malang ialah orang yang tidak sempat berwasiat” - Riwayat Ibnu Majah