Hubungi:

SHAMSUDIN BIN MOHAMAT
Perunding Wasiat (WMSB-PK136)
4B Kedai MDM, Pekan Bukit Payong, 21400 Marang, Terengganu
H/P: 013-9324414; TEL/FAX : 09-6190531
.......................................................................................................................................................................................................................

Siapakah Ahli Waris

Ahli-ahli waris bermaksud orang-orang yang ditetapkan syarak akan mewarisi harta si mati jika tiada orang yang menghadangnya dan tiada halangan dan yang mengikut hukum FARAID.


Ada 15 belas orang Ahli Waris Lelaki yang berhak menerima pusaka si mati dan ada 10 orang Ahli Waris Perempuan yang berhak menerima pusaka simati:

Ahli Waris ini pula dibahagi kepada 3 kategori:

1. Waris Fardu (Utama):
Iaitu waris yang paling hampir dengan si mati dan ada 5 orang di dalam waris fardu

i. Isteri atau Suami 
ii. Anak Lelaki

iii. Anak Perempuan
iv. Ibu

v. Bapa

2. Waris Ganti:
Iaitu waris yang di atas dan waris yang di bawah kepada si mati

Waris di atas:
i. Nenek sebelah Ibu
ii. Nenek dan Datuk sebelah Ayah

Waris di bawah:
i. Cucu Laki-Laki dari Anak Perempuan
ii. Cucu Laki-Laki dan Cucu Perempuan dari anak Laki-Laki

3. Waris Kedua (Sisi):
Iaitu Waris di sisi dan waris di atas di sisi

Waris di sisi:
i. Adik-beradik Kandung Seibu Sebapa
ii. Adik-beradik Sebapa
iii. Adik-beradik Seibu
iv.Anak Saudara Seibu Sebapa
v. Anak Saudara Sebapa

Waris Di atas di sisi:
i. Bapa Saudara Seibu Sebapa
ii. Bapa Saudara Sebapa
iii. Anak Bapa Saudara Seibu Sebapa
iv. Anak Bapa Saudara Sebapa